Nov 27, 2010


MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU
19 Zulhijjah 1431H
Oleh : tanbihul_ghafilin.tripod.com


Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.

Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu.".

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita.

" Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya.

" Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu,

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Nov 24, 2010

Kata- kata Pujangga


17 Zulhijjah 1431H
Oleh : nina mazrina

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan."

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali"

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."

"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang."

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah realiti besok hari..."

"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini."

"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar."

"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."

"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana"

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi."

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

" Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."

"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."

"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."

"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

Sumber : Blog Cina Islam

Nov 5, 2010

KEM MoTeB (Program 2 in1) - Kem Motivasi & Teknik Belajar


Tarikh : 27 – 28 NOVEMBER 2010
Tempat : Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Lumut, Perak.
Peserta : Sekolah Rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6)
Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4)

Kem musim cuti ini memberi peluang kepada semua pelajar semua peringkat rendah, menengah dan kolej universiti untuk mengetahui bagaimana mencapai kecemerlangan dalam akademik , sahsiah dan pembangunan jati diri. Melaburlah untuk kecemerlangan anak anda. Pakej ini meliputi modul –modul terancang serta efektif:

MoTeB/DK - Dinamika Kumpulan ( Ice Breaking)
MoTeB/JF - Jejak Flora ( Jungle Trekking)
MoTeB/MPK- Membaca Peta/Kompas (Orienteering)
MoTeB/BP – Binaan Pasukan (Team Building)
MoTeB/MD - Muhasabah Diri ( Self Reflection)
MoTeB/BB - Bijak Belajar (Smart Study)
MoTeB/KB - Kepimpinan Berwibawa (Charismatic Leader )


TENTATIF PROGRAM :

Tarikh : 27 November 2010
09.00-10.00 pagi : Pendaftaran & Taklimat
10.00 -12.00 t/hari : SEGMEN 1 : Dinamika Kumpulan (Ice Breaking)
12.00 -2.00 petang : Makan/Daftar Masuk Hotel /Solat
02.00 -04.00 petang : SEGMEN 2 : Jejak Flora (Jungle Trekking)
04.00-04.30 petang : Rehat / Solat
04.30-06.30 petang : SEGMEN 3 : Membaca Peta/Kompas (Orienteering)
07.00-08.00 malam : Makan Malam/ Solat
08.00-09.30 malam : SEGMEN 4: Pembinaan Pasukan (Team Building)
09.30-11.00 malam : SEGMEN 5: Muhasabah Diri (Self Reflection)
11.00 malam : Tidur

Tarikh : 28 November 2010
04.30- 06.00 pagi : Persiapan Diri/Qiamulail/Solat
06.30-07.30 pagi : SEGMEN 6 : Kuliah Subuh
07.30-08.30 pagi : Riadah Jamaei/Sarapan
08.30-10.30 pagi : SEGMEN 7 : Bijak Belajar (Smart Study)
10.30-11.00 pagi : Minum Pagi
11.00-01.00 t/hari : SEGMEN 8 : Kepimpinan Berwibawa (Charismatic Leader)
01.00-02.00 t/hari : Makan t/hari & Sesi Bergambar
02.00 petang : Daftar Keluar Hotel & Bersurai

MAKLUMAN :

YURAN PENDAFTARAN INDIVIDU : RM 160.00 (Sehingga 20 November 2010)
YURAN PENDAFTARAN INDIVIDU : RM180.00 (Selepas 20 November 2010)


YURAN PENDAFTARAN KUMPULAN : RM 140.00 seorang (Sehingga 20 November 2010)
YURAN PENDAFTARAN KUMPULAN : RM 160.00 seorang (Selepas 20 November 2010)

PEMBAYARAN:
A. Tunai : RM______________ Tarikh : ____________________
B. Bank-in : RM_____________ Tarikh : ____________________
(Sila simpan slip bank untuk pendaftaran dan sms : MoTeB namaRM ke nombor Hp: 019-572 3659, 019-560 7780 )
e.mail : puteramanjungperak@gmail.com
Blog: http://almahdi4567.blogspot.com
Facebook.com/Mahadiroslizamri
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

(MoTeB TRAINING & CONSULTANCY SDN.BHD)
No.5, Jalan SM 1D/9, Fasa 1D 2,
32040 Seri Manjung, Perak.
Tel :, 019-572 3659, , 019-560 7780
No.Akaun CIMB: 08050042786528
(Nama Akaun : MAHADI ROSLI BIN ZAMRI)

Sila bawa :

1. Pakaian yang kemas sesuai untuk aktiviti kuliah(seluar jeans dilarang)
2. Pakaian sukan untuk aktiviti luar (outdoor)
3. Pakaian dan peralatan solat.

Pakej ini termasuk penginapan dan makanan selama 2 hari 1 malam.