Jul 19, 2011

RESEPI KEJAYAAN






Catatan Perjalanan :


Petang tadi aku singgah di Taiping selepas menghantar anak ke Stesen Bas Kamunting untuk balik ke Kem PLKN Tegas Mesra, Selama, Perak. Aku suka memandu dan bermusafir. Ada kemungkinan dalam perjalanan yang agak jauh membuatkan otakku ligat berfikir. Niat sebelum memulakan perjalanan untuk mencari ilmu di samping menjalinkan silaturahim.


Selepas selesai menghantar anak, aku sempat singgah di Restoran Doli, sangat terkenal dengan hidangan "kuey teow goreng" yang enak hingga menjilat garpu dan sudu. Lalu, aku memesan hidangan istimewa "kuey teow special" dan teh ais. Sengaja aku setkan "stopwatch" dalam telefon bimbitku. Niat dalam hatiku ingin melihat berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan pesanan aku itu."Start", 1,2,3......aku terus melihat telefon bimbitku. Dalam masa 3 minit pun teh ais kegemaran akupun sampai. Dalam hatiku....".kira ok lah tu....Aku terus menunggu sambil menghirup teh ais..emm sedapnya!!...pandai kau buat ya",bisik hatiku.


Seterusnya, dalam masa 11 minit makanan kegemaran akupun sampai. Pelayan lelaki tu, tersenyum lalu menghulurkan "menu special" kepadaku. Lalu aku ucapkan "terima kasih dik," sapaku sambil menghulurkan senyuman. Apa lagi aku, tanpa menoleh ke kiri dan kanan, aku mulakan dengan lafaz.."Bismillahir Rahmanirarahim!". Emm..emm sedap dan lazat. Banyak juga aku makan kuey teow di tempat lain, tapi tidak sesedap kuey teow Doli. Sambil menghabiskan cedukan terakhir "udang dan kerang" penangan kuey teow Doli....Ya, Allah lazatnya rezeki yang Engkau kurniakan. Harap- harap aku dapat menu yang special lagi kat syurga nanti.


Kemudian, pesanan bungkus kuey teow untuk ole- ole isteri dan anak di rumah telah siap dalam masa 18 minit sahaja. Aku terus membayar, RM 26.30 sahaja. Aku tersenyum meleret....banyak yang aku peroleh daripada musafir hari ini.


Sejarah :


Bermula sekitar tahun 1970-an. Doli kuey teow terletak di pekan Taiping.Menurut seorang tua di Taiping perkataan Doli berasal dari Lido, iaitu kuey teow goreng Cina yang terletak berhampiran panggung Lido. Pakcik yang memiliki restoran Doli ini pernah bekerja sebagai tukang masak secara part time dengan empunya restoran Kuey Tiew Lido tersebut. Setelah tahu selok belok bagaimana untuk menggoreng char kuey teow, pakcik tersebut memulakan perniagaan sendiri bersama isteri beliau. Bermula dari warung tepian jalan, kini mereka membuka restoran yang setanding dengan restoran fast food seperti, McD dan KFC yang premisnya milik mereka sendiri. Doli adalah berasal dari perkataan Lido (diterbalikkan)


Pengajaran :


1. Jikalau ingin berjaya kita mesti ada resepi atau cara yang tersendiri bagaimana untuk meletakkan diri di puncak. Kita melihat orang lain berusaha biasa- biasa sahaja. Mengapa kita tidak berusaha secara luar biasa? Banyak contoh orang- orang yang sudah berjaya. Antaranya pencipta resepi KFC, Kolonel Sander yang memulakan penciptaan resepi berumur 65 tahun. Akhirnya, beliau berjaya pada usia 72 tahun. Begitu juga, bagaimana Thomas Ava Edison yang dikatakan orang gila kerana melakukukan ekspremen mentol lampu sebanyak 9, 999 kali. Tahukah kita kali ke 10,000 beliau berjaya.

2. Service atau khidmat perlu cekap dan efisyen. Kita perlu meniru service restoran makanan segera seperti Mac Donald dan KFC. Kita lihat pula bagaimana perkhidmatan kurier menghantar barang seperti Feedex, Citilink, Kanggaroo dan sebagainya telah menjalankan khidmat yang diperlukan orang ramai.

3. Kejayaan bukan dihasilkan dalam masa sehari. Jikalau pengusaha Kuey Teow Doli telah memulakan usaha sejak tahun 1975 lagi, beliau sekarang dapat menikmati hasil hampir 25 tahun kemudian, iaitu pada hari ini telah mencapai standard seperti restoran- restoran yang lain. Kita berusaha pada hari ini, bukan untuk diri kita tetapi untuk generasi anak cucu kita yang akan datang. Sebagimana Rasulullah yang berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan risalah Illahi telah menempuh pelabagai mehnah dan tribulasi. Akhirnya berjaya dalam "Fahtul Makkah".

Nota : Sebagai seorang muslim yang mukmin sudah tentu setiap perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan perlulah kita niatkan dalam hati dengan meletakkan matlamat akhirnya untuk keredaan Allah S.W.T.