Mar 20, 2011

BULAN SEMAKIN HAMPIR KE BUMI

Hari Sabtu ini 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para sanitis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.

Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700km iaitu 49,600km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada hari Sabtu nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.

Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.

Menurut akhbar The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/15/nation/8270079&sec=nation terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.

Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini.

Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.

Disaat begini elok sangatlah kita merenung firman Allah swt di dalam al Quran surah az Zumar:38 makusdnya:

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, Subhanallah.

Sumber : http://n32.blogspot.com

Mar 14, 2011

DOA SUATU IBADAH



Allah berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina”. (Al Mukmin : Ayat 60)

Sabda Nabi s.a.w: “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai” (Riwayat al-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya baginda : Apa itu tergopoh-gapah ?. Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti dan meninggalkan doa". (Riwayat Muslim).

Sabda Nabi s.a.w : “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulannya, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la)

Allah berfirman: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

*http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Feb 24, 2011

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN



TUGAS pemimpin bukan mudah kerana setiap amanah yang digalas adalah tanggungjawab perlu dilunaskan sebaik mungkin demi memastikan kebajikan orang bawahan terjamin. Dalam mencapai tujuan murni itu, semua tindakan diambil perlu dinilai sedalam mungkin berlandaskan prinsip menepati janji, bersikap jujur, adil dan saksama.

Peranan politik yang dimainkan pemimpin tidak terhad kepada tugas dalam negara kerana mereka turut dilihat pemimpin lain di peringkat antarabangsa dan apa juga tindakan dilakukan bakal memberi impak kepada kebajikan rakyat serta negara keseluruhannya.

Oleh itu, peranan pemimpin perlu mengekalkan keharmonian dan kemajuan negara penting, lebih-lebih lagi dengan keadaan landskap politik tempatan yang bercorak heterogen (berbilang kaum, tradisi dan agama).

Manakala corak politik antarabangsa yang begitu meluas turut mempunyai pengaruhnya tetapi Islam sudah menggariskan beberapa prinsip penting yang perlu diselusuri pemimpin politik untuk melaksanakan tugas sebagai penentu kebajikan rakyat diwakili.

Pemimpin wajib menepati setiap janji dimeterai baik secara lisan ataupun bertulis. Di peringkat tempatan, janji itu termasuklah ucapan sewaktu berkempen. Manifesto yang dicanang juga adalah jaminan diberikan kepada rakyat, maka seharusnya jaminan itu dikotakan sepenuhnya.

Justeru, hak rakyat tidak kira bangsa, agama atau kawasan perlu diberi perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Kecuali orang musyrikin yang kamu mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun (dari isi perjanjian) dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertakwa.” (Surah At-Taubah, ayat 4)

Manakala janji yang ditebarkan perlu mengambil kira keperluan dan kehendak semua kaum. Dalam erti kata lain, pemimpin politik mesti bersikap adil dan saksama dalam menimbang tara keputusan politik yang hendak dibuat.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai orang beriman, hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Maa-idah, ayat

Di peringkat antarabangsa pula, janji termasuklah perjanjian ditandatangani ketua negara, baik secara dua hala, berbilang-hala dan perjanjian dalam negara kawasan seperti ASEAN, meliputi perjanjian perdagangan, takrif cukai, sekuriti, kerjasama ketenteraan atau perkongsian teknologi.

Demi memastikan situasi menang-menang, pemimpin perlu berhati-hati dan teliti sebelum memeterai mana-mana perjanjian dengan negara luar supaya kebajikan rakyat terjamin.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu khuatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang khianat.” (Surah Al-Anfaal, ayat 58)

Pemimpin politik wajib bercakap jujur terutama dalam perkara kritikal membabitkan kepercayaan rakyat kerana kredibiliti seseorang pemimpin bergantung pada kemampuannya meraih keyakinan rakyat.

Keyakinan rakyat dapat diraih melalui sifat kebolehpercayaan ditunjukkan pemimpin. Rakyat semestinya mahu meletakkan harapan mereka pada wakil rakyat yang jujur dan bercakap benar.

Oleh itu, pemimpin harus berhati-hati dalam setiap tutur kata bagi memastikan jaminan kejujuran hadir dalam setiap perkataan yang dilontarkan kepada umum.

Jika seseorang pemimpin itu bukan saja berjaya melaksanakan tugas menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat, bahkan dapat menambat rasa kasih pemimpin di hati rakyat, maka balasannya adalah sangat tinggi dan setimpal di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombong diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Al-Qashash, ayat 83)

Disesuaikan dengan artikel asal :http://feryco.com/pemimpin-wajib-lunas-amanah-rakyat#more-1802

Feb 18, 2011

Bank Soalan: Fungsi Kristal Cecair Dalam Skrin LCD

Bank Soalan: Fungsi Kristal Cecair Dalam Skrin LCD: "IMPLEMENTASI teknologi skrin LCD hari ini telah dilaksanakan secara meluas dalam banyak produk elektronik seperti televisyen dan juga m..."

Feb 9, 2011

BOLEHKAH ANAK KITA SEPERTI AL-QARADAWI - SIRI 1

Inginkan Ulama Malaysia

Seperti Al-Qaradawi?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

IMG_4821

Menghadiri pengajian intensif bersama Sheikh Al-Imam Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Doha Qatar memberi seribu satu macam kesan dan semangat buat diri saya, tercapai juga hasrat untuk mengaji secara berdepan bersama Sheikh yang telah lama tersimpan sebelum ini.

Terkenang pada hari pertama, Sheikh menceritakan kepada kami liku-liku pengajiannya sehingga tertulisnya buku pertama beliau ‘Al-halal wal al-haram fil Islam’. Sebelum syeikh sampai ke majlis, Setiausaha ahli jawatankuasa penganjur, menceritakan pelbagai latar belakang Sheikh yang amat menarik perhatian. Berkenaan cara sheikh menulis kitab-kitabnya dan lain-lain.

Dari pelbagai yang diceritakan, ada satu perkara yang ingin saya sentuh dalam tulisan ringkas ini. Iaitu kebijaksanaan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang terserlah sejak beliau di peringkat sekolah rendah lagi. Menurut info yang diberikan, Sheikh adalah tergolong dalam 100 pelajar terbaik seluruh Mesir sejak peringkat rendah lagi sehinggalah ke peringkat Universiti.

PILIHLAH PELAJAR CEMERLANG JADI USTAZ

Dari situ, saya kerap terfikir betapa perlunya seseorang ilmuan Islam itu dipilih dari kalangan pelajar-pelajar yang terkenal bijak dan rajin sejak peringkat rendah lagi. Malah sudah sekian lama, saya mencadangkan kepada pelbagai pimpinan NGO Islam termasuk PAS, agar membuat satu perancangan tersusun untuk melahirkan lebih ramai ulama Malaysia yang berwibawa, menembusi peringkat global dan berperanan besar.

Sebelum ini seringkali kita melihat, ibubapa yang mempunyai anak-anak bijak dan rajin serta memperolehi keputusan peperiksaan cemerlang, dijuruskan oleh ibubapa mereka ke arah menjadi doktor perubatan dan lain-lain bidang profesional berasaskan ilmu sains.

Keadaan dan kecenderungan sedemikian menjadikan jumlah pelajar berminda cerdas dan rajin JARANG dapat disalurkan menjadi seorang ilmuan DAN PEMIKIR ISLAM YANG HEBAT.

Teringat bagaimana Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi merupakan ‘cream of the cream’ ketika di Mesir, sejak kecil. Justeru, dengan pengajian bersungguh, penuh minat, ikhlas dan istiqamah, beliau mampu menjadi seorong ilmuan Islam dan daie yang terulung di dunia.

Saya amat berharap kepada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini agar cubalah membentuk anak tuan dan puan yang terbukti berminat, rajin dan cerdas akal fikirannya untuk dibentuk menjadi seorang alim besar.

PROSES PERLU PLAN TERSUSUN DAN TERANCANG

Proses ini tentunya perlu kepada ibubapa yang sudah sediakan alim di bidang agam, atau jika tidak ia lebih mudah disusun dan dirangka oleh sesebuah organisasi, mempunyai dana khusus untuk itu dan sekumpulan pakar yang diberikan tugasan membentuk diri anak terbabit.

Saya teringat info yang diberi oleh seorang seorang pelajar Melayu yang telah menjadi doktor di Ireland dan kini sudah hampir menjadi pakar dalam bidangnya. Beliau mendedahkan bahawa proses untuk mencapai apa yang telah dan sedang beliau capai itu, banyak juga bergantung kepada doktor-doktor pakar di Malaysia yang menasihatinya selalu, agar beliau faham dan tahu bahagian teknikal apa yang perlu diperkukuhkan dan dimantapkan bagi memenuhi tuntutan kerjaya doktor pakar di Malaysia. Proses ini menuntut beliau untuk bertugas dan belajar di Ireland hampir 15 tahun.

Demikian, proses yang diperlukan jika kita ingin melahirkan seorang ulama bertaraf lima bintang di Malaysia, kita perlukan sekumpulan ulama sebagai mentor, yang boleh sentiasa memberi panduan, tunjuk ajar, bimbingan dan pemantauan agar pengajian yang dilalui benar-benar diarah dan berjaya sampai ke sasarannya.

Kita tidak mahu, pengajian mereka terpilih salah guru akhirnya menjadi seorang yang ekstrem yang bersifat pemecah berbanding penyatu umat dalam masalah yang bukan pokok.

INGIN JADI ALIRAN MANA INI?

Sebagaimana diketahui agak banyak juga pecahan-pecahan aliran pemikiran Ulama Islam dalam menanggapi dan memahami teks-teks Al-Quran dan Sunnah di Malaysia. Sehingga tergelar begitu banyak jenis aliran, kefahaman dan kumpulan. Masing-masing merasa mereka yang terbenar dan berada di jalan yang sohih, menafikan kebenaran pada yang lain.

Seperti wujudnya aliran salafi jalur keras (digelar Wahabi oleh pembenci mereka), Salafi sederhana, Salafi lembut, khalafi keras ( digelar Ahbash oleh pembenci mereka), sederhana dan lembut. Demikian juga Sufi tarekat, aliran hadith, Zahiri moden, Syiah, Tabligh dan sebagainya.

BANGGA DENGAN GURU & TEMPAT

Selain terpecahnya aliran sebagaimana di atas, kerap juga ditemui lepasan pengajian Islam yang taksub dan terlalu berbangga dengan universiti masing-masing, tidak kurang dengan Sheikh (guru) masing-masing.

Sehingga ke suatu tahap, tidak merasa apa yang dipunyai oleh individu dan kumpulan lain mampu dan sampai ke tahap keilmuan dan kefahaman mereka.

Keadaan ini menjadikan lulusan pengajian Islam dilihat sering berpecah dan bertempur hujjah sesama sendiri serta terabai akhlak mulia dan masalah lebih besar dan nyata di kalangan masyarakat awam.

Di tambah dengan keadaan masyarakat awam yang majoritinya masih malas membaca, berfikir panjang dan menilai secara penyelidikan. Keadaan di atas menjadi bertambah buruk.

Kumpulan masyarakat ini akhirnya, sering terikut-ikut cara 'pemalas' lalu mempakejkan kebenaran kepada hanya satu-satu kumpulan, selain mempakejkan kesalahan juga kepada yang lain. Bermakna, jika sudah dilabel seseorang individu sebagai 'tidak bersama kumpulan dan alirannya', semua ilmu dari sebelah sana TIDAK BOLEH dibaca atau difikirkan sama sekali, hanya layak ditolak walau perlu melalui takwilan yang tersasar agar kelihatan jahat pandangan tersebut.

Padahal, kebenaran dalam hal ijtihadiyyah itu boleh sahaja bercampur-campur di pelbagai pihak, Hanya Allah yang maha mengetahui kesemunya. Manusia hanya mampu berusaha mencari keputusan yang diyakini paling hampir dengan kasih Allah. Namun sukar untuk mana-mana pihak mendabik dada berkenaan kebenarannya dalam semua perkara khususnya dalam hal cabang fiqh dan lain-lain bidang agama.

Demikianlah Sheikh Al-Qaradawi mengajar kami agar tidak menutup pintu kebenaran di pihak yang lain, penilaian perlu dibuat secara adil, bukan emosi dan bertenang dalam apa jua topik keagamaan. Selain memahami status sesuatu isu yang dibincangkan itu berada dalam kategori qat'ie atau zhonni.

Jan 30, 2011

TIP KEYAKINAN DIRI DALAM PENGUCAPAN AWAM



Kajian yang dijalankan di University of California, Berkeley, menunjukkan masalah kemurungan boleh diatasi dengan tersenyum di cermin selama 20 minit setiap hari. Dengan bertindak gembira, perasaan yang mencipta “umpan balik” akan memberitahu otak mereka untuk merasa gembira.

Cuba anda lakukan sendiri! Dengan perasaan percaya diri, anda menghantar maklumat fizikal yang memberitahu otak anda bahawa anda merasa percaya diri. Otak anda kemudian akan melihat untuk memberitahu perasaan ini.

Anda mungkin mendapati diri anda berfikir “tentu saja aku merasa percaya diri, aku sudah bersedia” atau “jika orang lain boleh melakukan perkara ini, saya juga boleh” atau “ini bidang dan kepakaran saya dan mereka ingin mendengar apa yang saya perkatakan “.

Perkara ini akan menjadikan lingkaran maklum balas positif. Anda mula merasa yakin diri secara fizikal. Otak anda akan mencari alasan untuk yakin diri dan menemui mereka, dan seterusnya perasaan yakin diri anda akan terus meningkat.

Langkah-langkan untuk merasa yakin diri

  • Berdiri dengan berat badan yang seimbang atas kedua kaki (jangan bersandar pada satu kaki!)
  • Santai bahu anda
  • Membuat gerakan terbuka dengan lengan dan tangan
  • Senyum
  • Bicaralah dengan kelajuan yang baik (jangan terburu-buru itu!) Dan berhenti sejenak untuk membiarkan mata anda memandang penonton

Dapatkan pengalaman atau “Buang perasaan takut".

Sebuah buku yang ditulis oleh Susan Jeffers. Idea dasarnya adalah berkenaan perasaan takut yang tidak hilang. Anda tidak boleh menunggu atau berharap perasaan takut akan berubah. Teknik terbaik ialah menukar cara anda dan cuba bertindak dalam menghadapi rasa takut tersebut.

Anda perlu berani dan bertindak tanpa rasa takut. Ingat bahawa anda mungkin kelihatan lebih yakin diri daripada anda rasakan! Dengan berulang kali melakukan sesuatu yang asing bagi anda, kita akan menjadi biasa dengannya dan perasaan takut akan berkurang.

Untuk mendapatkan pengalaman dan mengurangkan rasa takut

  • Berlatih bercakap di depan khalayak ramai. Seperti orang yang mesra dengan anda, misalnya, teman atau rakan
  • Secara teratur mengambil peluang kecil untuk bercakap di depan kumpulan, seperti pada pertemuan pasukan
  • Sukarela untuk membuat persembahan atas nama pasukan anda, seperti memimpin sesi latihan singkat

Meningkatkan kemahiran anda

Pada akhirnya, cara terbaik untuk merasa yakin tentang berbicara di depan umum adalah mengetahui bahawa anda benar-benar baik. Pertimbangkan untuk menghadiri kursus, di mana anda akan mendapatkan nasihat ahli tentang bagaimana membuat persembahan yang lebih besar.

TIP KECEMERLANGAN - NIK NURMADIHAH



Tip Kecemerlangan oleh Nik NurMadihah - Pelajar Cemerlang SPM 2008


Beliau sempat menggariskan beberapa tips yang diamalkannya yang banyak membantu beliau menghadapi 20 subjek yang diambilnya. Antara yang sempat disenaraikan oleh beliau adalah seperti berikut:

  1. Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid mungkin suka berkhayal, bersembang, dan bermain-main di dalam kelas.
  2. Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih boleh diganti tetapi yang yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa.
  3. Suka bertanya – sikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains.

Di antara slogan-slogan yang menjadi pegangan beliau adalah:

  1. 99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan.
  2. Belajar dari kesilapan.
  3. Usaha yang terbaik dan bertawakkal – Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong
  4. Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa
  5. Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama – jalan menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga.

Jan 27, 2011

12 GOLONGAN BANGKIT DARI KUBUR



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu

itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana
inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.
Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang
akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah
seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka
suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan
kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka
yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan
mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari
mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum
bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini
balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan.
Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya
berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah
balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian
Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi
maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan
bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga
kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.

Jan 26, 2011

Khusyuk Dalam Solat


Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam bukunya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah, apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat adalah sunat hukumnya.

Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya." (HR. Abu Dawud)

Baca Ayat Kursi Sebelum Tidur





Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)



Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255

Sumber : Ruangan Tazkirah

Jan 16, 2011

Kursus Motivasi - Kunci Kejayaan Minda











Sesi kursus motivasi, "KUNCI KEJAYAAN MINDA" telah diadakan pada Ahad, 16 April 2010 di Pusat Tahfiz al-Quran Hidayatullah atau lebih dikenali Pondok Hidayatullah, Tanjong Kepah, Lekir, Sitiawan kira-kira 15 kilometer dari Bandar Sitiawan.

Seramai 60 orang pelajar pusat tahfiz yang terkenal di Sitiawan itu telah menyertai slot motivasi bersempena kemasukan Minggu Silaturrahim bagi pelajar- pelajar baharu. Kebanyakan pelajar yang masuk ke pusat tahfiz tersebut ialah lepasan UPSR tahun 2010.

Sesi motivasi "Kunci Kejayaan Minda" telah disampaikan oleh Cikgu Mahadi Rosli Zamri selama dua jam. Pelbagai rahsia kejayaan telah diberikan untuk tatapan para peserta. Para pelajar tahfiz telah didedahkan tentang resepi kejayaan iaitu :

Resepi Kejayaan Minda :


1. Matlamat
2. Kesungguhan
3. Fokus
4. Sabar
5. Sistematik
6. Kreatif

Para pelajar, telah membina matlamat dalam pengajian mereka. Rata- rata mereka telah diperkenalkan dengan "Menulis Matlamat" yang merupakan tindakan luar sedar setiap manusia dalam mengejar cita- cita yang hendak dicapai. Antara pelajar, telah menulis untuk mencapai sasaran sebagai seorang hafiz al Quran selama tiga tahun. " Mulai sekarang tahun 2011 hingga 2013, insyaallah saya akan keluar sebagai seorang yang menghafaz dan mengamalkan al Quran."

Begitu terujanya mereka apabila bermain "kapal terbang kertas" iaitu sasaran matlamat yang hendak dituju mesti mempunyai alat dan teknik yang betul untuk ke destinasi yang hendak dicapai. Di samping itu, mereka juga telah didedahkan dengan cabaran dan rintangan para sahabat, tabiin dan ulama silam dalam mengejar impian mereka. Sesungguhnya kursus ini dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada pelajar. Para peserta telah mengutip pengalaman yang berharga untuk bekalan menempuh sesi pengajian di sini.

Akhirnya, menurut Ustaz Ahmad Faisal selaku Ketua Hal Ehwal Pelajar, para pelajar di sini ditekan aspek disiplin yang tegas untuk membina sahsiah yang mantap. Selain itu, pihak Pondok Hidayatullah mengalukan- alukan sumbangan orang ramai untuk program pembangunan Kompleks Pondok Hidayatullah yang sedang dalam menaiktarafkan menjadi pusat pendidikan Islam yang terulung di daerah Manjung.

Admin- MLPD Training & Consultancy sdn.Bhd.