Jan 16, 2011

Kursus Motivasi - Kunci Kejayaan Minda











Sesi kursus motivasi, "KUNCI KEJAYAAN MINDA" telah diadakan pada Ahad, 16 April 2010 di Pusat Tahfiz al-Quran Hidayatullah atau lebih dikenali Pondok Hidayatullah, Tanjong Kepah, Lekir, Sitiawan kira-kira 15 kilometer dari Bandar Sitiawan.

Seramai 60 orang pelajar pusat tahfiz yang terkenal di Sitiawan itu telah menyertai slot motivasi bersempena kemasukan Minggu Silaturrahim bagi pelajar- pelajar baharu. Kebanyakan pelajar yang masuk ke pusat tahfiz tersebut ialah lepasan UPSR tahun 2010.

Sesi motivasi "Kunci Kejayaan Minda" telah disampaikan oleh Cikgu Mahadi Rosli Zamri selama dua jam. Pelbagai rahsia kejayaan telah diberikan untuk tatapan para peserta. Para pelajar tahfiz telah didedahkan tentang resepi kejayaan iaitu :

Resepi Kejayaan Minda :


1. Matlamat
2. Kesungguhan
3. Fokus
4. Sabar
5. Sistematik
6. Kreatif

Para pelajar, telah membina matlamat dalam pengajian mereka. Rata- rata mereka telah diperkenalkan dengan "Menulis Matlamat" yang merupakan tindakan luar sedar setiap manusia dalam mengejar cita- cita yang hendak dicapai. Antara pelajar, telah menulis untuk mencapai sasaran sebagai seorang hafiz al Quran selama tiga tahun. " Mulai sekarang tahun 2011 hingga 2013, insyaallah saya akan keluar sebagai seorang yang menghafaz dan mengamalkan al Quran."

Begitu terujanya mereka apabila bermain "kapal terbang kertas" iaitu sasaran matlamat yang hendak dituju mesti mempunyai alat dan teknik yang betul untuk ke destinasi yang hendak dicapai. Di samping itu, mereka juga telah didedahkan dengan cabaran dan rintangan para sahabat, tabiin dan ulama silam dalam mengejar impian mereka. Sesungguhnya kursus ini dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada pelajar. Para peserta telah mengutip pengalaman yang berharga untuk bekalan menempuh sesi pengajian di sini.

Akhirnya, menurut Ustaz Ahmad Faisal selaku Ketua Hal Ehwal Pelajar, para pelajar di sini ditekan aspek disiplin yang tegas untuk membina sahsiah yang mantap. Selain itu, pihak Pondok Hidayatullah mengalukan- alukan sumbangan orang ramai untuk program pembangunan Kompleks Pondok Hidayatullah yang sedang dalam menaiktarafkan menjadi pusat pendidikan Islam yang terulung di daerah Manjung.

Admin- MLPD Training & Consultancy sdn.Bhd.

No comments:

Post a Comment