Jul 16, 2010

KELEBIHAN DILAHIRKAN SEBAGAI WANITA



Ini adalah diantara kelebihan wanita yang diberi oleh Islam.

1. Syurga sesiapa yang menjaga wanita dengan baik.Nabi bersabda: Sesiapa yg mempunyai 3 orang saudara perempuan, 2 orang anak perempuan atau 2 orang saudara perempuan dan dia menyemai adab- adab yang baik kepada mereka, mengelokkan hubungan dengan mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga. (HR Abu Daud, Tirmizi dll)

Nabi juga bersabda:
من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة، أنا وهو كهاتين ،وضم أصابعه

Maksudnya:Sesiapa yang menjaga dua orang anak perempuan sehingga mereka baligh maka dia akan datang di hari kiamat dan hubungan aku dengannya seumpama dua jari ni. Lalu baginda merapatkn jari jemarinya. (HR MUslim)

2. Larangan berkeras kepada wanita.
Nabi bersabda:

لا تكرهو النساء فإنها المؤنسات الغاليات

Maksudnya: Janganlah kamu memaksa wanita maka sesungguhnya mereka adalah penghibur hati yang tinggi harganya. (HR THabrani).

bersabar dan bertindak dgn cara elok bila berhadapan dgn karenah mereka..

3. Menghiasi mereka dgn perhiasan.

Nabi bersabda:Hendaklah kamu kahwinkan anak- anak lelaki dan perempuan kamu. Hiasilah anak-anak perempuanmu dengan emas dan perak. Berilah pakaian yang elok kepada mereka. Berilah mahar yang baik kepada mereka untuk menggalakkan mereka berkahwin. (HR Dailami)

4. Berkomunikasi dengan wanita dengan cara yang baik

استوصوا بالنساء،فإن المرأة خلقت من ضلع، وأن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وإن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Maksudnya: Berpesan- pesanlah kepada wanita..Maka sesungguhnya wanita dicipta daripada tulang rusuk, Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka sekiranya kamu cuba berkeras meluruskan tulang tersebut ia akan patah, jika kamu biarkan maka dia akan terus bengkok, berpesanlah kepada wanita dengan cara yang baik.(HR Bukhari dan MUslim)

Nabi bersabda: Sesiapa yang memuliakan wanita maka dia orang mulia, sesiapa yang menghina wanita dia org yang hina. (HR Ibnu Asakir)

Oleh itu kepada lelaki sekalian (termasuklah diriku) hendaklah kamu berkomunikasi dengan wanita (ketika perlu) dengan cara yang baik. Jangan berkasar dengan mereka dan terimalah maaf daripada mereka.

5. Dicintai oleh Nabi s.a.w
Nabi bersabda:

حبب إلي من دنياكم: النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة

Maksudnya: Perkara yang kusukai di dunia ini ialah wanita, wangian dan dijadikan penyejuk hati di dalam solat.(HR Nasai)

Ini menunjukkan taraf yang tinggi yang diberikan Islam kepada wanita.

No comments:

Post a Comment